- Haba adalah suatu bentuk tenaga.
- Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas.
- Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk.
- Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari.
- Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan.
- Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran bahan dan tenaga elektrik.
- Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan.
- Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akan mengembangdan bertambah saiznya.
- Apabila sesuatu bahan disejukkan, bahan itu akan mengecut dan berkurang saiznya.
- Termometer digunakan untuk menyukat suhu.
- Unit yang digunakan untuk menyukat suhu ialah celcius (C)
Contoh termometer |
Kesan Haba ke atas Bahan
(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal
1.
|
Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
| |
2.
|
Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.
Contoh-contoh lain:
| |
3.
|
Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal
| |
-
|
Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.
| |
-
|
Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.
|
(b) Pengembangan dan Pengecutan Cecair
1.
|
Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
|
2.
|
Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.
|
3.
|
Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair
|
Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.
|
(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas
1.
|
Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
|
2.
|
Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyak berbanding pepejal dan cecair.
|
3.
|
Aplikasi pengembangan gas
|
Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.
|
1 comments:
Terima kasih di atas nota yg sgt menarik dan berinfomasi
Post a Comment