Powered by Blogger.
RSS

Mikroorganisma Dalam Perubatan

Sedar atau tidak, sebenarnya kita dikelilingi berjuta-juta dan pelbagai jenis mikroorganisma. Mikroorganisma sejenis hidupan yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Sejenis alat bantuan khas yang dipanggil mikroskop diperlukan untuk melihat kewujudannya.
Mikroorganisma ini terdapat di persekitaran termasuklah udara, tanah, air dan tidak terkecuali, badan manusia. Namun tidak semua mikroorganisma ini mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sesetengah mikroorganisma ini diperlukan untuk kehidupan seharian seperti memperkukuhkan sistem pertahanan badan, membantu dalam pemprosesan makanan, penghasilan vitamin dan sebagainya.

Dalam bidang perubatan, mikroorganisma dikelaskan kepada beberapa kumpulan. Pengelasan ini berdasarkan struktur, saiz, metabolisme, kaedah pertumbuhan dan yang terkini melalui ciri-ciri genetik yang dimiliki. Mikroorganisma dibahagikan kepada empat kumpulan besar yang terdiri daripada bakteria, virus, kulat dan parasit.

Oleh Zaidah Abdul Rahman

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment