Powered by Blogger.
RSS

Rantai Makanan dan Siratan Makanan






Rantai Makanan – adalah perhubungan antara pemakanan dengan organisma.
Setiap rantai makanan mesti dimulai dengan tumbuhan/pengeluar.




Siratan Makanan – ialah gabungan beberapa rantai makanan.

Tenaga dalam rantai dan siratan makanan diperolehi daripada tenaga cahaya matahari.
Pada setiap peringkat dalam rantai makanan, sebahagian tenaga terbebas ke alam sekitar dalam bentuk tenaga haba dan sebahagian lagi digunakan untuk tumbesaran organisma itu sendiri.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mikroorganisma Dalam Perubatan

Sedar atau tidak, sebenarnya kita dikelilingi berjuta-juta dan pelbagai jenis mikroorganisma. Mikroorganisma sejenis hidupan yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Sejenis alat bantuan khas yang dipanggil mikroskop diperlukan untuk melihat kewujudannya.
Mikroorganisma ini terdapat di persekitaran termasuklah udara, tanah, air dan tidak terkecuali, badan manusia. Namun tidak semua mikroorganisma ini mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sesetengah mikroorganisma ini diperlukan untuk kehidupan seharian seperti memperkukuhkan sistem pertahanan badan, membantu dalam pemprosesan makanan, penghasilan vitamin dan sebagainya.

Dalam bidang perubatan, mikroorganisma dikelaskan kepada beberapa kumpulan. Pengelasan ini berdasarkan struktur, saiz, metabolisme, kaedah pertumbuhan dan yang terkini melalui ciri-ciri genetik yang dimiliki. Mikroorganisma dibahagikan kepada empat kumpulan besar yang terdiri daripada bakteria, virus, kulat dan parasit.

Oleh Zaidah Abdul Rahman

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS